Help From Fadzli|Blog


Thursday, August 22, 2013

[Info]: Tragedi Bas Terhumban Di Genting

Kemalangan maut lagi di Genting... baru aku nak berhajat ke sane dalam hujung tahun ni... fuhhhh... dengar berite tadi menyeram kan la plk....

Salam Takziah buat semua keluarga mangsa, semoga mereka tabah menghadapi ujian sebegini...

Bawah ni info yang aku dapat dri sumber berkaitan...

Sehingga jam 8.30 malam ini, seramai 37 orang disahkan maut manakala 16 lagi mengalami kecederaan dalam nahas bas terhumban gaung di KM3.6 Jalan Genting-Karak, petang tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, daripada jumlah itu, 24 mangsa adalah lelaki manakala 13 lagi adalah wanita.
Pemandu bas dan tiga warga asing masing-masing dari Thailand, Bangladesh dan China juga terkorban.
Sementara itu, 11 lelaki dan lima wanita mengalami kecederaan dalam nahas terbabit.

Antara Kemalangan Bas Di Genting Highland

5 Mac 2012: Dua mati, 20 cedera dalam kemalangan bas.

30 Jul 2011: 13 cedera selepas bas terbabas ketika turun.

29 Oktober 2010: Bas tergelincir di jalan Genting Sempah-Genting Highlands, Tujuh terkorban.

16 Jun 2009: 22 cedera dalam kemalangan bas.

Julai 16 1996: Sebuah bas yang membawa pekerja kilang dan keluarga mereka bercuti, jatuh ke dalam gaung sedalam 120 meter di Km1 jalan Genting Sempah-Genting, mengorbankan 17 orang.

30 Jun 1995:
Kejadian tanah runtuh melibatkan kereta dan sebuah bas, mengorbankan 20 orang. 


0 Comments Here:

Post a Comment

Wahai Kawanku Klik Kat Sini Untuk Comment!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Assalammualaikmum.... Perkongsian yang patut dikongsi bersama.... =)