Help From Fadzli|Blog


Thursday, August 22, 2013

[Info]: Petai Banyak Khasiat

Sekarang ni aku tak boleh makan petai.. setiap kali makan petai mesti aku sakit tekak.. ulser dan terus demam... akhirnyer aku dapat tahu yg petai ni sejuk... badan kite plk panas... so die cube menyejukkan panas dalam badan kite kot.. tu yg demam terus tu.. baru makan sebijik.. kalau makan sepapan mau sejuk terus badan aku... kene cube lg lepas ni... hehe..

Nak taw khasiat die yg lain2.. tengok ni..

Nama saintifik Petai ialah Parkia speciosa. Petai kebiasaannya dijadikan ulam bagi orang-orang dahulu. Sekarang ini petai ini dipelbagaikan kegunaannya dalam masakan. Maklumla, orang Melayu ni memang kreatif dalam bab memasak ni. Ada yang masak sambal tumis ikan bilis petai, sambal tumis udang dicampur petai dan ada juga dijadikan jeruk.
Petai ini memang sedap. Walau bagaimanapun, yang kurang sedap ialah bau mulut selepas makan petai dan juga air kencing orang yang makan petai. Baunya agak kuat dan kurang menyenangkan. Mungkin sebab inilah orang tak suka makan petai.
petai

Okey, dipendekan cerita aku senaraikan beberapa khasiat Petai ni.

1) Dapat merawat masalah hati,kencing manis (Diabetes), dan buah pinggang.

2) Daun petai dapat merawat demam kuning.

3) Mengurangkan risiko penyakit strok.

4) Membantu perokok untuk berhenti merokok kerana vitamin didalamnya dapat membantu mengurangkan ketagihan kepada nikotin.

5) Mengurangkan derita penghidap anemia kerana petai kaya dengan zat besi yang dapat membantu menstimulasikan pembentukan sel darah merah.

6) Petai dapat mengurankan depresi kerana mengandungi Trytophan.

7) Mengurangkan risiko tekanan darah kerana mempunyai nilai potasium yang tinggi tetapi garam yang rendah.

2 Comments Here:

Anonymous said...

Saya pun sakit tekak selepas makan petai. Malam tadi tak lena tidur sbb batuk dan rasa kering tekak... Apalah yg kita boleh buat untuk redakan sakit tekak ni ek? Kalau sesiapa ada petua berkaitan petai... Sharelah kat sini

Unknown said...

Petuanya mkn petai dgn kulitnya sekali

Post a Comment

Wahai Kawanku Klik Kat Sini Untuk Comment!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Assalammualaikmum.... Perkongsian yang patut dikongsi bersama.... =)