Help From Fadzli|Blog


Sunday, January 23, 2011

Filem Seram Petama Aku Tonton Kat Panggung


Jumaat lepas aku tgk cite ni secara bukan kebetulan... memang sebelum ni org kate cerite ni best.. aku kalau org kate best.. aku rase mcm nak tgk jer... lastnyer jumaat ptg pukul 6.30 aku g r tgk kat GSC.... Bile tgk... memang seram r... aku dah tak pandang sgt cite ni.... "HANTUNYE TAK PAYAH DITUNGGU2 ASYIK MUNCUL JER!!!!" memang cite paling seram r yg aku penah tgk sebelum ni.. nak cite pjg x larat.. korang bace r sinopsis die... n tgk trailer die k...


SINOPSIS:::::
“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

khurafat Sinopsis Filem Khurafat

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Segalanya akan terjawab bila anda menyaksikan “KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia pada 13 Januari 2011.

TRAILER




REAKSI PENONTON KAT PANGGUNG

Reaksi diorg ni lebih kurang mcm reaksi aku jer... hahahaha

provided by fadzli

13 Comments Here:

Lelaki Ini said...

dah tengok cite nieyh!
kesimpulan yg aku leh cakap..
filem paling seram malaysia wlpun jalan cerita dia agak tak besh!

[aNaK dEsA zOnE @ pAjELi] said...

Betul tu... mujur keseraman die terbukti.. hahah

aida said...

nk tgkk...tp xpas g..huhu..

[aNaK dEsA zOnE @ pAjELi] said...

nAPE LAK TAK PAS LAGI AIDA???

Syafiq Rosli said...

cerita ni suam2 je lah..huhu

kalau rajin jom
http://mohdsyafiqrosli.blogspot.com/2011/01/bloglist-sandiwara-seorang-insan-syafiq.html

[aNaK dEsA zOnE @ pAjELi] said...

ye ker suam2... maklum r.. sy ni x penah lg tgk cite hantu kat panggung.. tu yg kecut gak tgk citer ni...

Eazy Izzuddin said...

aku x tengok lagi
huk2

[aNaK dEsA zOnE @ pAjELi] said...

tengok wei.. rugi tak tengok.. cite tak besh... tapi seram gilerrrr....

Jejaka Terhangat said...

erkk..tak seram la..aku dah lama buat review cite ni..meh tgk sini..

Jejaka Terhangat Movie Review: Khurafat - http://jejakaterhangat.blogspot.com/2011/01/jejaka-terhangat-movie-review-khurafat.html

[aNaK dEsA zOnE @ pAjELi] said...

ye ker.. alamak.. asal aku seram ni.. ahhaha

Nour Akmal said...

dah tengok dah..
tapi biasa2 je..

kawan2 je duk terjerit2..huhu..

jom usha blog saya pulak..
www.jarijemariemas.blogspot.com

Ery Farieha said...

kehkeh yeke?
apesal laki sme ckp best
tp prempuan ramai ckp x best?
hahaha for me, tak best pon :P

rotashia faizal said...

aku baru jer tngok.. haha.. seram la jugak.. tp boleh la tahan tahap keseraman tu... :)

Post a Comment

Wahai Kawanku Klik Kat Sini Untuk Comment!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Assalammualaikmum.... Perkongsian yang patut dikongsi bersama.... =)