Help From Fadzli|Blog


Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, November 18, 2013

Potong Jari Jika Ada Keluarga Meninggal

  Aku dikongsikan dengan email yang agak terkejut gak r.. ada juga adat tradisi mereka yang agak susuah diterima pakai.. tapi inilah yg terjadinyer..  bacalah artikal dibawah ni....

 **********************************************************************************************
Jika salah satu bahagian dari keluarga kita ada yang meninggal dunia, paling paling kita hanya menangis 7 hari 7 malam saja paling lama Tapi lain halnya dengan masyarakat pengunungan tengah Papua (Wamena). 

Ungkapan kesedihan akibat kehilangan salah satu anggota keluarga tidak hanya dengan menangis saja. Mereka melumuri tubuhnya dengan lumpur dan yang paling sadis, mereka juga harus memotong jari tangannya. sebuah tradisi dari masyarakat yang tidak mengenal pengetahuan.

Hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh para Yakuza  jika mereka telah melanggar aturan yang telah ditetapkan oleh organisasi atau gagal dalam menjalankan misi mereka. Sebagai ungkapan penyesalannya, mereka wajib memotong salah satu jari mereka. Bagi masyarakat pengunungan tengah, pemotongan jari dilakukan apabila anggota keluarga terdekat seperti suami, isteri, ayah, ibu, anak, kakak, atau adik meninggal dunia.
http://1.bp.blogspot.com/_BcRulsBPABs/TVAUnIlgelI/AAAAAAAAOPk/RwzAOo3px8Q/s1600/papua.jpg
Pemotongan jari ini melambangkan kepedihan dan sakitnya bila kehilangan anggota keluarga yang dicintai.

Ungkapan yang begitu mendalam, bahkan harus kehilangan anggota tubuh. Bagi masyarakat pegunungan tengah, keluarga memiliki peranan yang sangat penting. Bagi masyarakat Balim Jayawijaya kebersamaan dalam sebuah keluarga memiliki nilai-nilai tersendiri.
 

Pemotongan jari itu umumnya dilakukan oleh kaum ibu. Namun tidak menutup kemungkinan pemotongan jari dilakukan oleh anggota keluarga dari pihak orang tua laki-laki atau pun perempuan. Pemotongan jari tersebut dapat pula diartikan sebagai upaya untuk mencegah ‘terulang kembali’ malapetaka yang telah merenggut nyawa seseorang di dalam keluarga yang berduka.

Pemotongan jari dilakukan dengan berbagai cara. Ada yang memotong jari dengan menggunakan alat tajam seperti pisau, parang, atau kapak. Cara lainnya adalah dengan mengikat jari dengan seutas tali beberapa waktu lamanya sehingga jaringan yang terikat menjadi mati kemudian dipotong.

Namun kini budaya ‘potong jari’ sudah ditinggalkan. sekarang jarang ditemui orang yang melakukannya beberapa dekad belakangan ini. Hal ini disebabkan oleh kerana pengaruh agama yang telah masuk hingga ke pelosok daerah di Papua.

Tapi di sebahagian tempat masih dapat kita jumpai ketika  ini iaitu mereka yang masih tinggal di pedalaman hutan Papua.


#Sumber

Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...Potong Jari Jika Ada Keluarga Meninggal

Wednesday, November 6, 2013

Masalah Pada Streamyx Kini Bertukar

Kelmarin masalah pada streamyx aku secara tiba-tiba.. sakit toi hati aku time tu... dah buat mcm2 pun same gak.. 

Lepas tu aku malas nak fikir ape dah.. masuk bilik terus tido...

Bagi sapa2 yg ada masalah dgn connection internet senang jer... cara2 dia ialah

 Dail 100 dan pergi ke bahagian teknikal tu jer.. die beroperasi 24 jam.

Aku kol pagi esoknyer.. bile aku buat report rupenye baru aku taw streamyx aku sekarang dah 2mbps.. wow.. seronok pulak rasenyer.. 

Sebenarnya hari tu TM ade call aku dan tawarkan kat aku nak tak tmbh 1mbps lagi dengan tambah byr RM10 setiap bulan.. so aku teruskn je la katekan setuju.. tapi aku dah lupe pasal tu.. huuhu.. so sekrg dah ade 2mbps.. ok la.. lps ni mungkin akan tambah lg.. heheh



Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...Masalah Pada Streamyx Kini Bertukar

Tuesday, November 5, 2013

Ribut Melanda Di Sekitar Manjoi

Bencana alam berlaku di sekitar Manjoi di akhir tahun bulan Islam... Alhamdulillah aku semalam tak tefikir nak lalu ikut jalan yang terjadinya bencana alam tersebut. Aku semalam tetiba ikut jalan jauh sebab nak beli Rangka Ayam.. hehehe...

Aku pun tak berapa tau sangat kisah sebenarnya, tapi boleh la baca beritra dari #Sinar Harian dibawah ni.
dan semasa dalam perjalan pergi kerja aku sempat la rakamkan beberapa rumah yang terkena dengan bencana ini. Ada juga yang teruk dan ada yang tak teruk.. Apepun ini semua ujian yang Allah berikan kepada hamba2 yang Dia sayang.

#Video


#Sumber

IPOH - Sebanyak 23 bumbung rumah di Kampung Manjoi di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut lewat petang semalam.
 
Anggota Dewan Undangan Negeri Manjoi Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin berkata kejadian pada pukul 6.45 petang itu mengakibatkan beberapa bumbung rumah ranap manakala yang lain mengalami sedikit kerosakan akibat kejadian itu.
 
Bumbung rosak membabitkan 13 buah rumah di Jalan Juara, Jalan Pemimpin (empat buah), Jalan Menteri (empat), Jalan Perwira (1) dan Jalan Pegawai (1), katanya.
 
Katanya kejadian itu dimaklumkan oleh seorang jemaah pada satu program yang berlangsung di sebuah surau di Kampung Manjoi semalam, katanya.
 
Beliau berkata empat keluarga yang tinggal di rumah sewa di Jalan Pemimpin dipindahkan ke pusat pemindahan Dewan Orang Ramai Manjoi hari ini.

"Mereka tinggal di pusat pemindahan sehingga bumbung rumah mereka siap dibaiki dan sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diberikan," katanya.
 
Ziad berkata anggota Gerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno kawasan Tambun digerakkan ke tempat kejadian untuk membantu mangsa membersihkan rumah mereka, petang ini.
 
"Buat sementara ini bumbung rumah mangsa diganti dengan plastik tebal kerana kita mempunyai kekangan untuk mendapatkan bumbung baru berikutan hari ini merupakan cuti umum, namun pengedar berjanji untuk memberi bumbung baru itu esok," katanya. - Bernama

Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...Ribut Melanda Di Sekitar Manjoi

Monday, October 14, 2013

[Info]: Easy Way To Edit SmartPhone Photo to DSLR Photo

Hari ni aku nak kongsikan cara nak edit gambar ala2 DSLR punyer... Edit dari smart phone jer.. tak payah nak bukak2 photoshop lagi..

Cara2 dia ialah:
1) Ambil smartphone anda
2) Ada tak "Play Store" kalau ade pergi play store dan search aplication
3) Taip "Snapseed"
4) Pilih snapseed dan install

Icon die seperti ini:


Sekarang boleh digunakan.. huhuuh

Jom tengok gambr2 yg aku dah edit gune software tu..


 #Photo 1

Before
After

#Photo 2
Before

After

#Photo 3
Before

After
#Photo 4
Before

After

Itu sahaja yang saya dapat kongsikan.. kalau ade ape2 kemushkilan sila comment yer.. =)

Anyway ini post sebelum saya bercuti raya haji.. jumpe lepas raya haji pulak yer...

Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...[Info]: Easy Way To Edit SmartPhone Photo to DSLR Photo

Sunday, October 13, 2013

[Frenz]: Dinner at Thumb Cafe, Ipoh







Malam ni pergi buat kali ke-2 untuk mencuba Thumb Meatball dekat area Greentown Ipoh. Hari tu pergi meatball dah habis.. kecewa.. tapi ini nak cube sebab ade org cakap meatball die sedap. So aku pun cube.. boleh tahan gak la sdp.. tempat yg agak unik jugak.. jom tengok gambor2 kat bawah ni.. sape2 nak try boleh la ajak aku.. huhu...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...[Frenz]: Dinner at Thumb Cafe, Ipoh

Wednesday, October 9, 2013

[Diari]: Problem Part of Gen2 #3 and Tips Penjagaan Gen2

Assalammualaikum...

Hari Sabtu yang lepas aku baru dapat betolkan kereta aku...
Punca kereta ni merajok adalah sebab hon kete aku tetibe jer bunyi.. sepanjang jalan la die dok bunyi sesaje.. Nek segan aku dekat seluruh warge ipoh.. hahahah

Aku terus cari mane2 kedai or bengkel2 kete yang boleh membantu aku.. aku kurang mahir pasal kete2 ni.. baru nak belajar la katekan...

So dapat la tutp smntare bunyi hon tu.. tapi setelah 4 hari aku tak start kete.. tetibe bile aku nak bukak pintu kete gune alarm tak boleh... bukak manual pun x boleh... n then aku tgk kat meter tak de pon lampu alarm tu menyala... so aku expect battery kete sudah out.. tapi betry tu still baru lahi.. akue baru belli dalm bulan 8...

Setelah runsing.. aku pun kene gak cari org yg boleh bukak pintu kete aku ni.. so aku try yg dekat silibin ni... bile tanye harge RM100 kalau boleh bukak... hambekkkk kau!!!! mcm tu sekali harge die kenekan kat aku...aku pun cube la kol tmpt len... tapi jauh skit la.. kat jelapang... bile kol die sruh kol no yg die bagi.. sebab die kate org tu lbh expert.. aku pun kol la.. rpenyer no yg aku kol tu adelah org yg sama,,, hadoooo!!!!!

 Redha je la dgn RM100 tu... die dtg trus.. lps tu die bwk brg die.. mcm pisau roti tp panjang n then ade gerigi besar kat hujung tu... tak samapi 2 minit die dah boleh bukak.. so dapat la RM100 kat die,,,  =(

Aku pun pergi la panggil org batery utk cek betry kete aku ni... die dtg n cek ok sume.. lps tu die bgtaw ni mesti ade current dah leaking ni.. aku pun cpt2 la p bengkel die.. n then aku ade sembg dalam group gen2 club ni.. ade member2 yg senasib dgn aku bgtaw aku.. rpenyer mmg betoi setelah di cek... so tukr la baru. ori katenyer "Clock Spring" tu.. harge die RM250 +RM30 upah.. total 280... ok la... aku pun sruh die tukar... aku tgk yg lame punye atrikh die tukar.. Jul/2010 sampai Oct/2013.. so ade dalam 3 tahun rupenyer clock spring boleh bertahan.. lepas ni bejage2 la.. takut jadi lg kite tak taw la.. dah setle sumenyer baru la lege.. RM380 setlle utk myManje... So aku dapat harge ni yg paling murah la.. sape2 yg ade cadangan kat mane lagi murah kat area ipoh ni boleh la dikongsikan yer... lagi2 org yg boleh buat service unlock pintu kete ni...

Tengok la clock spring mcm mane rupenyer...


Sekarang time mandikan myManje.... lepas ni jangan nak manje sgt.... tggu la bonus ek... hehehe

Satu lagi nak share ni untuk buat semua owner gen2 yg kadang2 sakit hati sbb mcm2 masalah kat kete kite ni... tapi betol juge kate bro ni.. so kite kene belajar dari die... jom bace same2...



"salam member semua
just untuk perkongsian pengalaman bersama
kalau tengok komen diatas mcm terlampau banyak masalah kereta ni
saya tumpang bersedihlah pada owner2 tersebut.
saya pun guna gen2 tahun 2005,full loan ikat dengan bank 9 tahun. so dalam 2014 akan kereta ni jadi hak milik sebenar saya.Kereta ni adalah kereta pertama saya yang di bayar dari hasil titik peluh saya sendiri juga.Tapi sekarang saya dah settlekan bayaran kereta ni awal setahun dari jadual asal kerana saya buat pembayaran yang lebih sedikit.
selama lapan tahun ni saya guna gen2 ni memang ada masalah tapi masalah yang kecil sahaja.mane ade kereta yang tidak ada masalah kan.Sepanjang saya gune gen2 ni banyak pelajaran yang dah saya pelajari sejak dari mula saya beli sampailah sekarang tentang penjagaan,servis dan pemanduan.maklumlah kereta pertama.
orang bijak pandai kata nak pakai kereta bukan sahaja tahu memandu kereta tapi kene la tahu juga mcm mane sistem sesuatu kenderaan itu berfungsi dan penjagaan yang terbaik buat kereta tu, barula dapat dikatakan pemandu yang bijak dan berteknikal.
perkara yang saya dapat belajar dari kereta ni ialah gen2 ni dia dioperasikan drive by wire dimana trothle bodynye menggunakan sensor dan tidak menggunakan kabel sebagaimana yang digunakan kebanyakkan kereta jepun.jadi sebab tulah dirasakan pickupnye kurang pada awal pergeraakan tapi sangat responsive apabila sampai pada tahapnya.
kedua servis pada waktunye
kalau guna minyak semi 10000km tapi biasnya tukar dalam 7000 fully 15000 tapi tukar time 10000,sbb kira sekali perjalanan dan juga tempoh berapa lame enjin kereta bergerak dalam waktu traffic jam.Minyak x boleh tukar jenis,kalau guna semi teruskan guna semi tak boleh kejap-kejap semi kejap fully sentetik alamatnye enjing akan mengeluarkan mcm-mcm bunyi.Brand minyak itam kalau boleh kekalkan penggunaan jenama yang sama,kalau nak tuka brand minyak itam kene buat flushing sebb setiap brand minyak itam berbeza ramuannya.kalau boleh gunekan oil treatmen sebab minyak itam hanya melancarkan pergerakkan enjin tetapi kurang perlindungan terhadap contact antara besi dengan besi dalam enjin.jadi dengan penggunaan oil treatment boleh melancarkan dan memberi perlindungan terhadap contact antara besi dengan besi terutamanye pada bahagian piston.hasil alhamdulillah enjin kereta akan mengeluarkan bunyi yang agak senyap kadang tidak kedengaran enjin sedang beroperasi.jangan guna minyak mineral.
power window, power window dah tukar belah belakang dua2 sekali.sebab pertama sekali yang dapat dikenal pasti ialah tingkap kat belakang tu tak penah di naik turunkan so cermin tu akan melekat pada bahagian getah cermin tingkap.
so penyelesaiannye beli dah tukar set power window( beli kat kedai spare part murah je dalam RM40 je campur upah RM50) sapukan power window treament pada bahagian getah tu untuk mengelakkan dari terjadi balik benda yang same dan setiap hari naik turunkan setiap cermin supaya gris yang ade pada kabel cermin sentiasa dalam keadaan yang baik.Dan kalau nak turunkan cermin jangan turunkan sampai habis separuh dah cukup.
clock spring dah tukar sebab dah tau dalam mase 5 atau 6 tahun perlu diganti.kalau beli kat kedai spare part dalam 350-400 yang ori campur upah dalam RM450.
Tensioner kalau nak elakkan dari cepat berbunyi jangan on dan setkan air cond
pada suhu yang paling rendah iaitu suhu yang paling sejuk,air cond gen2 ni kalau kekeri sejuk dan kekanan panas.seelok-eloknye setkan ditengah2 atau kekanan sedikit dari indikator 25 darjah celcius,sbbnye nak kurangkan tekanan antara enjin dgn kompresor insya allah tensioner akan ok.Kalau tensioner berbunyi tukar sahaja yang baru kalau kedai spare part yang 0ri dalam RM200 lebih,OEM RM190 lebih kurang dan jangan beli yang murah( orang kata yang local la gitu) kalau rase yang ori mahal beli la yang OEM boleh jimat sikit.
aircon kene servis setahun sekali iaitu top up gas dan major setiap 2 atau 3 tahun iaitu dengan membuka dashbord.kalau major dalam RM240 ke 300.pastikan kalau servis major pomen gunekan sanden.sbb sanden adalah yang terbaik berbanding denso untuk proton.kalau x penah buat major servis takut2 cooling coil bocor.Cooling coil sanden dalam RM300 ++.So kalau nak selamat buat servis air cond berkala.Kalau cooling coil bocor enjin akan jadi sedikit berat dan minyak akan kuat.bila dah servis enjin akan jadi ringan minyak jadi jimat.
lagi satu jangan selalu main termostast aircond,kalau lalu belakang lori bau asap akan masuk ke dalam kabin sebb pada bahagian air blower terdapat satu ruang yang menyedut angin luar masuk ke dalam kabin.cara untuk atasinya dengan tutup ruangan tu dengan span yang agak tebal.
paddle pintu patah sbb cara membuka pintu yang salah,kita biasanye kalau pintu terus je sentap paddle tu.cube tengok mcm mane budak2 bukak pintu main sentap kuat2kan tu yang menyebabkan boleh patah.cara yang betul ibu jari diletakkan pada bahagian paling kiri kemudia 4 jari just tarik pelan2.barulah selamat paddle pintu tu dan secara x lansung xdela kesan calar pada bahagian paddle pintu tu.
Timing belt 80000km.kalau nak tuka timeng belt tuka sekali dengan water pump.water pump ni kalau rosak akan mengeluarkan bunyi seakan enjin diesel.
kalau kat spare part timing belt set,enjin belt,water pump x dela mahal sangat so kalau di campurkan dengan upah pasang x sampai RM700.
tukar air radiator setiap 40000km dan semasa tukar timing belt buat flushing dan gunakan cooland proton atau petronas tapi coolant proton lebih sesuai,ade member gune brand lain termasuk yang brand jepun nasib x baik terkene yang tiruan.guna air RO untuk radiator.
tukar spark plug setiap 40000km,resetting enjing setiap 40000km (optional)
tukar minyak gear guna yang proton setiap 40000km bersama gear treatment.
setiap 3 bulan sekali masukkan injektion cleaner dalam minyak petrol.
absober,absober link,lower arm,bush,tie rod end dan steering rack tu semua kene perhatikan,kalau selalu lenjan atas jalan yang teruk benda-benda ini akan cepat kong so kalau lalu jalan yang x elok bawak la dengan cara yang berhemah supaya mengelakkan dari benda ni cepat rosak,streeing rack kalau dah rosak yang ori sahaja dah nak dekat RM800,kalau yang recond murah je RM350-400 dah dapat,tapi tau-taula kalau pakai yang recond ikut nasib.
minyak brek kalau dah nampak kehitam-kehitaman tu tuka sajelah minyk brek tu.minyak power steering direkomenkan setiap 20000km perlu tukar.
kalau parking dilereng bukit,tarik hand brake tiba2 kereta masih lagi menundur walaupun hand brake dah di tarik sampai habis maknanye kene tuka kabel hand brake.
bateri 2 tahun saje tuka je yang baru.10000km buat rotation tayar,elignment balancing dan all wheel elignment baru sedap bawak kete.
so selama 8 tahun gune gen2 ni alhamdulillah x banyak maslah,yang pasti setiap bulan masukkan budget untuk servis kete kalau apa-ape hal xdela pening kepala.biasala nak pakai kete mesti juga mampu nak servis kereta kan.
sekarang dah masuk lapan tahun ni dah dapat detact oil seal gear box dah leaking.tanye workshop tadi dalam RM400 sebab upah turunkan gear box tu yang mahal sikit.
so far saya sangat puas hati dengan kereta ni.handling sedap,enjin senyap minyak xdela banyak sangat ok ok saje kalau balik temerloh ke bangi dengan maintain speed 90km/h kalau full tank tu baru sampai takuk pertama dah sampai bangi.ingat tujelah perkongsian yang boleh di kongsikan bersama….kalau ade yang terkurang tu minta ampun dan maaf."- Dari Hamba Allah



Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...[Diari]: Problem Part of Gen2 #3 and Tips Penjagaan Gen2

Tuesday, September 24, 2013

[Info]:Isteri Mat Yo Maki Dan Tendang Guard

 Hari ini aku tengok kecoh pasal Isteri Mat Yo atau dikenali Norshahrul Idlan Talaha, pemain bola sepak terkenal di Malaysia.

Tapi dari video ni aku tengok kurang hajar jugak perempuan ni.... dok maki hamun pakcik tu... tak hormat langsung... Dah buat salah kene la mengaku salah tu...

Ramai yang tengok kejadian ni... sume kate perempuan tu salah lagi dibuktikan dengan CCTV yang ade kat situ...

Ni tengok feedback dr slah sorg comment pasl kes ni...and aku sokong ape yg beliau comment ni kat kata2 akhir tu... huuh..





Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...[Info]:Isteri Mat Yo Maki Dan Tendang Guard

Thursday, September 12, 2013

[Info]: Cara Block Hacker P1 Wimax

Sebelum ni aku tunjuk cara block hackers streamyx tapi hari ni aku tunjukkan cara block hackers p1 wimax lak..

Aku pun tak paham hackers2 ni dah taw nak on9 pegi la apply berokband ke ape.. ni menyusahkan orang lain je taw.. taw ke mencuri tu BERDOSA.. tak kire la ape bende pun.. kalau dah mengambil hak org lain tanpa izin tu dah kire mencuri.. ade paham tak!!!!

Ok buat mangsa2 yg dah terkene aku bru search salah satu tutorial ini... kalau tak jadi aku tak taw la plk sbb aku bukan penggune p1 wimax.. so ikhtiarkan jer la..

Ikut ikut jer care bawah ni...

P1 Wimax router berkebolehan untuk mengelakkan sambungan internet dari orang yang tahu akan kata laluan WiFi anda. Dengan menggunakan option “Allow Only following MAC address to connect to wireless network” dapat mengelakkan sambungan internet dari komputer yang tidak dikenali.
Setiap wireless gajet mempunyai MAC address iaitu, Media Access Control address yang lain dari yang lain seumpama cap jari manusia. Untuk belajar cara-cara mendapatkan MAC address dan setkan pada p1 Wimax Wireless router, anda perlu mengetahui cara membuka P1 Wimax setup page seperti di “Cara Untuk Ubah Network Key Wimax

Jika anda sudah tahu cara membuka Wimax setup page, kita lompat pada langkah ke4 pada “Cara Untuk Ubah Network Key Wimax“. Page yang ditunjukkan dibawah adalah sama dengan langkah 4 tersebut cuma anda perlu skrol ke bawah.


Capture5 Tingkatkan Sekuriti WiFi P1 Wimax anda!
 Sumber : http://selangor2u.com

Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...[Info]: Cara Block Hacker P1 Wimax

Friday, August 30, 2013

[Info]: Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) di Ipoh, Perak

Masjid Muhammadiah merupakan masjid pertama di negeri Perak yang dibina sepenuhnya berkonsepkan seni bina dan budaya Cina selain mempunyai persekitaran yang unik dan indah.

Lokasi Masjid ini yang berada di Taman Tasek Jaya Ipoh, 15 hingga 20 minit dari pusat bandar. Masjid ini menjadi mercu tanda kepada rakyat di Perak yang mana masyarakat Islam di sini terdiri daripada pelbagai kaum.

Masjid ini telah menjadi tarikan pelancong dari luar negara kerana keunikan seni bina masjid yang sangat keratif. Banyak lagi penambahan yang akan dilaksanakan kelak.

Dewan solat wanita di bahagian atas boleh menempatkan 200 jemaah manakala ruang solat di bahagian bawah mampu memuatkan 800 orang.







Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...[Info]: Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) di Ipoh, Perak

Thursday, August 22, 2013

[Info]: Tragedi Bas Terhumban Di Genting

Kemalangan maut lagi di Genting... baru aku nak berhajat ke sane dalam hujung tahun ni... fuhhhh... dengar berite tadi menyeram kan la plk....

Salam Takziah buat semua keluarga mangsa, semoga mereka tabah menghadapi ujian sebegini...

Bawah ni info yang aku dapat dri sumber berkaitan...

Sehingga jam 8.30 malam ini, seramai 37 orang disahkan maut manakala 16 lagi mengalami kecederaan dalam nahas bas terhumban gaung di KM3.6 Jalan Genting-Karak, petang tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, daripada jumlah itu, 24 mangsa adalah lelaki manakala 13 lagi adalah wanita.
Pemandu bas dan tiga warga asing masing-masing dari Thailand, Bangladesh dan China juga terkorban.
Sementara itu, 11 lelaki dan lima wanita mengalami kecederaan dalam nahas terbabit.

Antara Kemalangan Bas Di Genting Highland

5 Mac 2012: Dua mati, 20 cedera dalam kemalangan bas.

30 Jul 2011: 13 cedera selepas bas terbabas ketika turun.

29 Oktober 2010: Bas tergelincir di jalan Genting Sempah-Genting Highlands, Tujuh terkorban.

16 Jun 2009: 22 cedera dalam kemalangan bas.

Julai 16 1996: Sebuah bas yang membawa pekerja kilang dan keluarga mereka bercuti, jatuh ke dalam gaung sedalam 120 meter di Km1 jalan Genting Sempah-Genting, mengorbankan 17 orang.

30 Jun 1995:
Kejadian tanah runtuh melibatkan kereta dan sebuah bas, mengorbankan 20 orang. 



Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...[Info]: Tragedi Bas Terhumban Di Genting

Wednesday, August 21, 2013

[Info]:Air Pancut Tarikan Landskap Baru Di Ipoh

Nak mulekan cite.. dulu kat KTM Ipoh tu depan die ade landskap taman.. tapi aku tengok macam suram jer... dan membosankan... akhirnye sekarang ia dah dinaik taraf dan ditukar dengan landskap air pancut...

Memang menarik perhatian la jugak daripade mengadap lampu dan lain2... so sape2 yg nek kete api dtg ipoh boleh la tengok.. tapi die cantik malam jer la.... kalau best lagi bawak baju standby boleh terus main air pancut tu.. ahha

Ape pon nak senangkan cite tengok je la video dan gmbor kat bawah ni...








Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...[Info]:Air Pancut Tarikan Landskap Baru Di Ipoh

Friday, July 5, 2013

[Gadget]: Memiliki Smartphone ALCATEL Tambah RM50

Kisah yang penuh sabar dan dugaan.. huhuh.. bile housemate aku amik hp tu.. aku pun ape lagi.. nak r jugak...

Rase aku, aku dah pergi center digi banyak kali.. dan banyak tempat.. dan semua menghampakan.. tapi service yg terbaik Digi Center DeGarden... berbanding Digi Center Greentown Business center tu.. layan customer nak tak nak jer...

Tapi ape yang penting aku dah dapat jugak hp Alcatel tu..
Syarat2 die cume apply rebate yg RM200 tu.. lepas tu bawak IC dengan tangan utk sign kat sane nanti... and bawak RM50...

Sampai2 aku tunggu la si wan tu tanye... lame pulak die tanye.. aku tengok org dah kuar bwk hp alcatel kat tgn.. dlm hati ade ke tak hp tu... rupenyer Alhamdulillah ade jugak.. rezeki aku dah tibe.. aku pun ape lagi pegi la amik no... bile aku dapat no die dgn "ALCATEL 82".. wow dah 82 org la maknenyer.. lps jer aku.. org belkg aku tanye.. trus org tu ckp stock dah hbs.. sgt la kesian.. tp nak wat mcm mane senasib dgn aku mse dlu la.. org kate usehe tangge kejayaan.. hehehe...

Dari pukul 12.45pm samapi 1.45pm bru aku dapat hp tu di tgn aku.. tapi dgn terujenyer yg sebelum ni mmber aku dapat hp model len.. rupenyer aku dapat model bru... "ANDROID JELLYBEAN 4.1" lg, sebelum ni yg member aku dpaat "ANDROID GINGER BREAD 2.3" klu x slp aku.. penantian yang sgt berbaloi jugak la utk aku.. warner die pon smrt.. ade screen cover lagi...comeeeyyy dan hensem...

Nampak tak.. ni la hp die... smartphone yg menarik jugak...


Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...[Gadget]: Memiliki Smartphone ALCATEL Tambah RM50

Monday, June 24, 2013

[Info]: Jerebu Mula Melanda Ipoh

Hari ni jerebu pula dah mula melanda Ipoh, dan bacaan IPU ptg tadi cecah 100... wow.. kene berjage2 ni..
Org ramai dah mule pki facemask utk jage kesihatan kite ni..

Aku pun kene jugak cari facemask ni.. rase nak hangkut dri tempat keje je ni.. ehhee



Gambar yg aku ambil setiap kali rase tgk view cantik.. sangat berbeze hari ni...


Dekat carsem, mate hari pun dah kene sorok dengan matahari...



Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...[Info]: Jerebu Mula Melanda Ipoh

Sunday, June 23, 2013

[Friends]: Jalan-Jalan Di Uptown Tambun, Ipoh

Buat pertame kali aku pegi ke Uptown Tambun, yang baru dibuka,.. memang banyak gerai dan macam2 ade... boleh tahan la tempat die.. penat bejalan tapi memuaskan hati....

Tengok lak ape yang ade kat Uptown Tambun ni... tak sempat nak amik gambor semua.. banyak sangat...

 Ade Motorsport

Ade tembak2.. Dan Memanah..

Paitball Pun Ade..
Ade tempat nak main dgn Arnab..

Ade Strawberry Chocolate and Marshmallow Chocolate..

 Kesesakan sedikit kat walkway die... 

Muke dah mcm Angry Bird

Elok beli ni tengah musim jerebu sekrg ni...

Baju Baby yg comell...


Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...[Friends]: Jalan-Jalan Di Uptown Tambun, Ipoh

Wednesday, June 19, 2013

[Info]: Cara Nak OFF Calculator Tanpa "OFF Button"

Sekarang baru aku tahu cara nak OFF calculator yang tak ade button OFF.
Dulu dah tahu tapi tak tahu step die... ahhaha kalau calculator scientific sng jer nak off.. huhuh

Step2 die:
  1. Tekan 1,2 &3 lepas tu tekan ON (C)
  2. Tekan 4,5 &6 lepas tu tekan ON (C)
  3. Tekan "X" & "Tanda Bahagi" lepas tu tekan ON (C)


Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...[Info]: Cara Nak OFF Calculator Tanpa "OFF Button"

Monday, June 17, 2013

[Friends]: Video Muka Teruja @Euro Funfair, Ipoh

Nak cerite ape yang ade dekat fun fair tu... tengok macam tak ngeri, bile main amik ko.....
Habis suare, isi perut ko keluarkan nnti.. hahah aku dah pegi due kali... yg kali ke due main game simple2 jer...

Ape pon... sape nak main game2 dalam video ni kene hati kental... haha

Tengok je la video ni...



Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...[Friends]: Video Muka Teruja @Euro Funfair, Ipoh

Wednesday, June 5, 2013

[Info]:Dapatkan Burger Bakar Free @RBB Burger Bakar

Hah, dengar FREE!! jer mesti terus rase nak cube dapatkan bende free tu.. ahhaha
Sebenarnyer nak citer aku dah jumpe buger bakar yang terbaik kat ipoh wat mase sekarang ni...

Banyak kali gak aku pegi.. ade yg belom aku rase lagi ade yg dah aku rase.
Care nak dapatkan buger free kene ikut syarat2 die..

Syarat-Syarat nyer
1) Dapatkan 8 Cop dengan setiap pembelian di RBB Buger bakar mane2 cawangan.
 satu jer syarat die kot.. dah cukop 8 cop boleh la dapat buger bakar yg biase satu secara PERCUMA!!! ahhaha

senangkan....


Hasil dari aku kumpulkan.. tinggal nak amik buger free jer...!!!!

 Buat mase sekrg buger ni la yg terbaik kat ipoh.. huhuh

Time aku g makan dengan member2




3 jenis buger aku dah makan... huuhuh
1) Buger Double Riang
2) Buger Issabella
3) Buger Ombak Rindu



Klik Sini Untuk Info Penuh Tentang...[Info]:Dapatkan Burger Bakar Free @RBB Burger Bakar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Assalammualaikmum.... Perkongsian yang patut dikongsi bersama.... =)