Help From Fadzli|Blog


Sunday, October 9, 2011

Lawak: Tajuk Akhbar Dengan Satu Berita

Situasi sebenar :Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.


Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."


Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

... ... ...

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"


Harakah - "Kami tiada beca."


Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."


Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkanubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"


Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."


Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"


Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."


Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."


Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.! "

0 Comments Here:

Post a Comment

Wahai Kawanku Klik Kat Sini Untuk Comment!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Assalammualaikmum.... Perkongsian yang patut dikongsi bersama.... =)